Setibanya dirumah. Fiqa terus menyerbu bilik aku yang sememangnya tak seberapa. Kemudian dia terus membuka kipas aku tahap maksimum. Katanya , "panas!". Aku memang tak nafikan. Cuaca kat luar memang panas gila sampai aku pun nak jadi gila.
Dah sejukan badan , aku bersama-sama Fiqa pun menghidangkan makanan ke ruang makan untuk makan tengahari bersama. Lauk pada hari ini ialah , rendang ayam , sayur bendi goreng dan asam masak pedas. Lauk tak adalah banyak mana tapi semuanya dijamin sedap. Tak percaya ? Tanyalah Nurul Afiqah aku. Ketika aku hendak menyuruh Fiqa menambahkan rendang ayam untuk diisi kedalam pinggan aku , entah macam mana tiba-tiba ayam tu bergolek masuk kedalam pinggan yang berisi sayur bendi goreng. Kami berdua berpandangan selama beberapa saat dan ketawa. Mama yang berada di ruang tamu juga ketawa melihat kejadian yang menimpa ayam tersebut.
Selepas peistiwa ayam golek itu , kami berdua menikmati hidangan yang dimasak oleh mama. Fiqa tambah dua pinggan dan dia habis makan dulu dari aku yang memang tak tambah nasi pun. Aku malas nak cakap besar , tapi aku nih memang seorang yang memang sopan ketika makan. Alaa , perempuan melayu terakhirlah katakan *padahal -__-
Selesai makan , kemas-kemas meja makan kemudian bersiap-siap untuk kerumah ain yang open house dia pukul3 petang. Jam kat rumah aku dah menunjukan pukul 2.30 petang. Tapi kitorang buat macam masa banyak lagi jee. Pengangkutan untuk ke rumah ain ialah dengan kaki yang ditaja oleh syarikat Kaki Sendiri Sdn. Bhd.
Okey , jam menunjukan pukul 3.15 petang dan aku masih belum siap berdandan. Sumpah macam penggantin aku. Aku pakai ni tak kena , pakai tu tak lawa. Ada jee mama dan Fiqa mengomen. Aku ni pun ikut jee lah cakap diorang. Tengah siap-siap tuh kan. Ainur dan Izyan kena tunggu aku bersiap lama gila. Selesai aku siap tuh pada pukul 3.35 petang. Baru jee menjejakkan kaki ke luar bilik, Izyan dah tegur , "Weyh , kau nak tahu tak , aku boleh habis baca satu komik hayate nih nak tunggu kau." Aku dengan rasa tak bersalah sangat senyum sekadar membalas rungutan nya. Dah dah laa tuh , sekarang kan raya , maafkan laa ya kesilapan kecil ini?
Sampai rumah Ain , fuhhh penuh gila tetamu. sampai ke luar. Kawan-kawan Ain macam mana ? ntah laa , malas aku nak mengomen. Aku pun makan , minum dan berborak bersama Ain. Rindu Ain. Sejak di pindah sekolah awal tahun ni. Ini lah kali pertama aku berjumpa kamu kan Ain ? * untuk tahun ni laa.
Tiba-tiba aku teringat seseorang . Ouh , Faiqah tak ada ! Tak datang lagi. Oleh kerana kami ( aku , Fiqa dan Fara) tak taw duduk diam. Kami pun pergi kerumah Faiqah yang tak jauh dari rumah Ain.
Sampai jee rumah Faiqah. Dia tengah bersiap-siap. Fuhhh , kalah aku dia bersiap. Sambil menunggu dia bersiap. Aku , Fiqa dan Fara pun berbual kosong. Faiqah yang dah siap tuh pun kemudian join kitorang berbual. Sedang berbual , tetiba sahaja Faiq *adik Faiqah. datang menghampiri aku sambil memegang pistol air. Aku pun bertanya satu soalan yang sampai sekarang aku menyesal tanya kat Faiq.
Aku : Pistol tu ada air ke ?
Faiq : Ada
Dan dengan gembiranya , Faiq memicit pistol yang berisi air itu kepada kami berempat. Dengan keadaan yang terkejut. Semua lari lintang pukang. Haha! Walaupun dengan ancaman Faiq yang bersenjatakan pistol air. Kami tetap berani mencabar dia dengan mengambil gambar. Disini ada gambar untuk tontonan umum :)





okey , keputusan ? yelaa , Faiq menang. Kalau cakap dia kalah kang habis kitorang kena 'tembak' kang. Dahdah , kena balik rumah Ain. Nanti dia jadi ultraman pulak kalau tak balik cepat.
Akhirnya , kami pun pulang kira-kira pukul 5.15 petang. Sebab ayah Fiqa nak ambil Fiqa awal. Sebelum balik amik gambar lagi :)

No comments:
Post a Comment