Friday, July 23, 2010

You're the best thing I never knew I needed. ♥





THERE ARE SOME WORDS THAT I CANNOT SAY WHEN I LOOK AT YOU,

"SYAFIRA, DO YOU LOVE ME ?"












YES ! I LOVE YOU.

Friday, June 18, 2010

bancibancibanciBENCI

Tarik nafas, lepas, tarik, lepas. Fuhhh. . . . .

Okay, sorry lama tak update blog. Serius busy gila main game dan bergosip sampai tak ingat dunia -,-
Lagipun ni kan cuti sekolah. Takkan korang nak aku update hari-hari apa yang aku buat ? Kalau nak tahu sangat, cuti ni aku ulang benda yang sama sampai laa nak habis cuti dah pun. Bangun pagi, makan, mandi, online, tv, tidur. . . Sampai lah 2minggu. Cool kan ?

Tujuan sebenar aku update blog ni bukan nak pagi bilangan post meningkat atau seangkatannya. Tujuan sebenar aku ialah nak lepaskan kemarahan yang telah lama terbeku dihati. Perghh, ayat kau Syafira, patut lah Bahasa Melayu penulisan kau cemerlang.

Oh sebelum tu, ini adalah sesi mengumpat. Jadi sesiapa yang tak nak ikut join aku tambah dosa, sila tekan link ini, http://lnk.ms/0zSV3

*amaran kepada pesakit jantung, jangan lah tekan. kalau degil sangat, tekan lah. :)


Okay, sambung tujuan sebenar. Aku nak lepaskan semua kebencian aku ni. Cehh, tak ada lah benci mana pun sebenarnya. Tapi lebih kepada menyampah. Puffffttt -,-

First, sepanjang cuti ni, setiap 2hari sekali member aku ni mesti akan tanya aku satu benda. Benda ni tiap-tiap kali jumpa aku dia tanya. Soalan yang memang aku dapat agak lah. Asyik-asyik ulang benda yang sama. Kadang-kadang aku akan layan soalan yang dia tanya. Kalau tak larat nak cakap dah, aku geleng kepala je.

Kedua, ada lah sorang minah ni. Kerja dia tak habis-habis nak sibuk hal hidup aku. Siap add aku kat facebook, semata-mata nak stalk hidup aku.Well, kitorang ni memang macam musuh. Tak hingin nak ada kawan yang murahan macam dia tu. Fikir pakai pakaian tak cukup kain cantik laa ? Masyaallah. Tu satu dosa, satu lagi sibuk menjaja cerita aku. Tak insaf insaf lagi ?

Aku pun cakap je lebih kan. Diri ni lagi banyak dosa aku buat. Tapi ni memang tak tahan sangat kut. Rasa macam nak meletup dah kalau aku tak luahkan. pufffttt. Fine, tahap kesabaran aku rendah. -,-

Oh sebelum aku sign out blog ni, kepada sesiapa yang tekan link tu. Aku minta maaf sangat-sangat. Niat nak bergurau. Maafkan aku weyh. Kang tak senang aku nak amik PMR.

Sunday, June 6, 2010

If you are given an open-book exam, you will forget your book.

Tup Tap Tup Tap, dah sebulan aku membiarkan blog aku ni tidak di'update. Busy study lah, sekarang tengah exam. Konon sibuk study laa sampai tak sentuh laptop pun. Padahal, makin rancak adalah. Habis setiap paper hari-hari, tulis kat facebook laa, twitter laa, myspace laa. Masing-masing sibuk cakap periksa susah. Memang laa susah kalau tak belajar. Aku ni cakap orang pandai, try laa betulkan diri tu dulu. Ni orang panggil bodoh sombong atau sombong bodoh ? Tak , Tak. Dua-dua bukan sifat aku. Sifat korang lah kut ?

Sebenarnya Mid Year Exam dah lama habis. Cuma aku yang terlalu sibuk sampai tak ada masa nak muat turunkan info kedalam blog ni. Act, penggunaan perkataan sibuk tak sesuai kut. Lagi tepat kalau aku cakap malas.

Seperti yang tertera di blog title di atas, 'If you are given an open-book exam, you will forget your book.' Sebenarnya, benda ni yang terjadi masa aku tengah exam math. Last paper hari jumaat lepas. Teacher dah cakap, boleh bawak buku merah yang mengandungi square roots, cubes roots semua tu. Tapi aku terlupa nak bawak. Pufft, dah cikgu bg perluang tengok buku, manusianya ini pulak yg terlupa -,-
Dah nak tua dah ni, birthday nak dekat. Bagi hadiah kat aku jangan sampai aku tuntut depan rumah. Okayokay, ada iklan jap. Sambung tadi, penggunaan buku tu bukan melanggar peraturan peperiksaan pun. Bukannya meniru. Dalam PMR sebenar pun, korang boleh mintak kat pengawas peperiksaan. So, janganlah salah tafsir ye. Sebab lupa punya pasal, aku terpaksa fotostat dari kawan aku yang bawak. Fotostat yang penting tu aje. Bukak paper 2 math, soalan yang menggunakan buku tu ada 2 je. HEH, senang pulak tu -,-

So, pengajaran yang boleh diambil dari kisah hidup budak ni, lain kali time exam prepare awal-awal. Dusshhh. . .

Monday, May 17, 2010

Fuhh Fuhh kadabom ! Jadilah realiti


Tajuk blog entry kali ni bunyi macam aku sedang buat part-time kerja jadi bomoh pulak. Bukannya apa, tadi masa tengah tak ada kerja. Aku jengguk-jengguk butik secara online. Ya allah, nafsu aku membuak-buak nak baju-baju, beg tangan, kasut dan macam-macam lagi lah yang ada kat skrin laptop ni. Alah, biasalah, dah nama pun perempuan kan.





* copcop, aku dah cop dulu dah. Main copcop pulak dah.






Oh yeah, ada gadget ni kan, memang idaman aku lah. Terjumpa masa search tadi. Ceh,kerja jadi promoter pulak. Tadi bomoh sesat.










*OMG, beli phone ni weyy. Lawaaaaa gilaaa.Comel ! Bagi time birthday nanti eyh ? HAHAHA





Tuesday, May 11, 2010

Qiammulai PMR 2010

Yoooo , eyh silapsilap. Assalamualaikum. Oh, biasalah selepas balik dari Qiammulai tempoh hari, dah berseri-seri muka ni. Penuh dengan cahaya keimanan. Insaf dah. Ceeewaah. Harap-harap insaf janganlah 2 3 hari. Kalau boleh biarkan terperap & terkurung dalam diri ni dengan pahala dan kurang lah dosa-dosa. Perhh ayat, tak boleh lagi emotional ke ?

Entah berapa banyak laa dosa yang aku buat selama aku hidup ni. Tak terkira. Entah 'balance' ke tak laa dengan pahala yang tak seberapa ni. Haisshh, aku dah matang. Dosa bukan mak ayah tanggung lagi. Sendiri buat salah, sendiri tanggung lah. Eyh, dah lari tajuk pulak. Ni haa, nak cakap pasal Qiammulai. Mengomel-omel sorang pulak depan laptop ni.

Qiammulai yang aku pergi ni memang best gilaaaa. Harap-harap Kak Hani ingat saya lagi. Alaaahh, yang gaya macam Action Kamen dalam cerita Shin Chan tu. Saya tahu Kak Hani mesti ingat punya kankan? Saya paling unik. hikhikhik *gelak gedik

Qiammulai selama 3hari 2malam berjalan dengan agak lancar. Walaupun banyak benda negatif yang jadi. Yang mencacatkan nama sekolah. Biasa lah, budak-budak sekolah memang nakal sikit. Eyh, bukan sikit tapi BANYAK ! Aku je perasan aku ni baik, nerd gila, muka innocent dan tak tahu pape pun benda yang perlu tahu kat dunia ni. Konon-kononya lah. Aku muka je nampak baik ( yeke ? ) tapi dalam ni. Fuhhh, penuh dengan benda yang bukan-bukan.


Saturday, April 24, 2010

-

"Kadang-kadang kita tak sedar yang kita sayang

orang itu. Bila orang tu dah tiada lagi,

baru kita menangis dan menyesal."