Friday, October 9, 2009

kari daging sedap


Hari ni beraya dirumah Fiqa dan Alia. Sukar aku nak gambarkan perasaan aku ketika itu, kerana aku terlalu teruja untuk kerumah Fiqa. First time tau pergi rumah dia. Dekat mana ? Putra Permai tak silap aku. Alah , dekat-dekat Giant jee. Pengangkutan ? Terima kasih sekali lagi kepada syarikat Kaki Sendiri Sdn. Bhd. Hahaha. Actually, abah Fiqa nak ambil kitorang semua. Tapi kerana terlalu segan , kami pun menolak. Jadi berjalan lah kami , Aku , Fiqa , Faeqah dan juga Fara.


Sedang kami berempat berjalan. Telefon bimbit yang berada didalam poket aku berdering. Mama call. Mama bertanya dimana aku sekarang. Aku pun jawablah yang aku on the way pergi rumah Fiqa, sekarang baru sampai Putra apa ntah.* lupaa! -__-
Mama terkejut. Mama cakap kenapa tak bagitahu balik jalan kaki. Kalau tak boleh mama jemput.
Aku cakap tak mengapa lah. Berjalan kaki nih bagus sebab boleh mengurangkan berat badan disamping boleh meningkat kan stamina. Kebetulan pula berat badan aku memang dah naik. Bagus sangat lah tu.

Jadi kami pun ambil keputasan untuk meneruskan perjalanan selama 45minit dari sekolah ke Putra Permai. Sambil berjalan , kami mengambil gambar bersama kerana itulah hobi kami. Berposing. HAHA ! nah , tengok lah :)


haha ! gambar nih gila lawak xD


<3333 style="text-align: left;">Okey , aku tak boleh tunjuk semua. Terlalu banyak. Tanpa disedari sampailah kat rumah Fiqa. Penat gila berjalan. Sampai , salam ngan umi dan opah. Ouh yaa , dengan Mak Yong jugak. Ngeee.Kami berempat terus serbu bilik Fiqa ditingkat 2. Masing-masing kepenatan. Tapi , tenaga untuk kami berposing masih tidak berkurang. Kerana tak tahu nakbuat apa, kami pun menangkap lah gambar. Aku ulangi balik , hobi kitorang adalah berposing depan kamera. Tapi gambar tersebut tak boleh ditayangkan kerana kami tidak bertudung. Minta maaf.

Pastu umi panggil makan. Serbu semua turun bawah. Haha. Kari daging umi sedap <33>





Tadaa , dah sampai rumah Alia. Makan mee goreng. Uhh , makan sikit je sebab perut kenyang lagi makan kari daging banyak-banyak. Hey , mee goreng Alia sedap pulak! Dah habis makan. Kitorang serbu taman kat rumah Alia.
Yeayy , main gelongsor. Dah lama tak main benda yang kebudak-budakan nih. :)



budak terlebih hyper pun susah gak. Haha! -__-



aku ringan. ngeee <3>



Jam menunjukan tepat pukul 5 petang. Abah pun dah sampai. So, kitorang terpaksa pulang kerumah. Hari yang paling seronok bersama sahabat baik. Kalau korang keluar beraya, lagi best keluar dengan kawan-kawan dari keluarga kan ? aku yakin 90% daripada korang akan setuju dengan aku. 10% lagi ? Sah dia memang jenis tak ramai kawan. Okey, aku nak tidur nih. Bye

2 comments:

  1. hahaha camtulah aku rasa bila pergi Putra
    Permai dari sekolah hahaha
    penat giler
    korang baru sekali jer pergi
    aku dah banyak kali dah
    -BAD-

    ReplyDelete
  2. aku x setuju sebab aku dah biasa besendirian

    ReplyDelete