Sunday, June 6, 2010

If you are given an open-book exam, you will forget your book.

Tup Tap Tup Tap, dah sebulan aku membiarkan blog aku ni tidak di'update. Busy study lah, sekarang tengah exam. Konon sibuk study laa sampai tak sentuh laptop pun. Padahal, makin rancak adalah. Habis setiap paper hari-hari, tulis kat facebook laa, twitter laa, myspace laa. Masing-masing sibuk cakap periksa susah. Memang laa susah kalau tak belajar. Aku ni cakap orang pandai, try laa betulkan diri tu dulu. Ni orang panggil bodoh sombong atau sombong bodoh ? Tak , Tak. Dua-dua bukan sifat aku. Sifat korang lah kut ?

Sebenarnya Mid Year Exam dah lama habis. Cuma aku yang terlalu sibuk sampai tak ada masa nak muat turunkan info kedalam blog ni. Act, penggunaan perkataan sibuk tak sesuai kut. Lagi tepat kalau aku cakap malas.

Seperti yang tertera di blog title di atas, 'If you are given an open-book exam, you will forget your book.' Sebenarnya, benda ni yang terjadi masa aku tengah exam math. Last paper hari jumaat lepas. Teacher dah cakap, boleh bawak buku merah yang mengandungi square roots, cubes roots semua tu. Tapi aku terlupa nak bawak. Pufft, dah cikgu bg perluang tengok buku, manusianya ini pulak yg terlupa -,-
Dah nak tua dah ni, birthday nak dekat. Bagi hadiah kat aku jangan sampai aku tuntut depan rumah. Okayokay, ada iklan jap. Sambung tadi, penggunaan buku tu bukan melanggar peraturan peperiksaan pun. Bukannya meniru. Dalam PMR sebenar pun, korang boleh mintak kat pengawas peperiksaan. So, janganlah salah tafsir ye. Sebab lupa punya pasal, aku terpaksa fotostat dari kawan aku yang bawak. Fotostat yang penting tu aje. Bukak paper 2 math, soalan yang menggunakan buku tu ada 2 je. HEH, senang pulak tu -,-

So, pengajaran yang boleh diambil dari kisah hidup budak ni, lain kali time exam prepare awal-awal. Dusshhh. . .

1 comment:

  1. ko bru sebulan x update blog...
    aku??
    berbulan-bulan..
    hahaha..:D

    ReplyDelete