Sekarang dah bulan berapa ? Dah bulan Mac kan. Dah buat exam ke belum ? Belum lagi? Kesian korang, aku dah habis. Awal-awal bulan (1 Mac- 2Mac ) dah start. Well soalan dia ada senang, ada susah. Senang cerita serdahana-serdahana lah. Tapi kebanyakanya mudah.
Korang nak tahu tak habit family aku apa? Tak nak tahu pun aku nak bagitahu jugak! Family aku suka bawak vacation time-time nak dekat dengan peperiksaan ataupun ujian. Bukannya cuti panjang tau ! Contohnya yang terbaru ni, 26Feb2010 (jumaat) kan cuti maulidur rasul, malam jumaat tuh (25Feb2010) aku dengan adik dan abang terpaksa mengikut "kehendak" ayah aku sorang ni pergi ke Perlis. Mama pun ikutlah.Pelik kut habit ni. Suka bercuti dan release tension ? Ntah laa, no comment. Kalau cakap tak nak ikut nanti jadi benda lain. So, terpaksa lah ikut.
Disebabkan kitorang gerak lambat dari rumah, so terpaksa berhenti dan tidur kat hotel di Tanjung Malim, Perak. Alaahh, esok sampailah Perlis tuh. Dah pagi, Dah mandi, Dah makan semua. Gerak lah kitorang. Perjalanan yang mengambil masa dalam 4 hingga 5 jam untuk sampai ke Perlis hanya diisi dengan merenung masa depan, merenung number plat kereta dan memekak didalam kereta. Eyh, sedap pulak aku memekak. Sampai hujan. Sejuk sikit baru sedap tidur. Betul-betul aku tidur pulak, bangun-bangun dah ada kat Kedah. Sampai Kedah, ayah berhenti kat satu tempat ni tau, ntah pe nama tempat tu aku tak tahu. Tapi ada satu banggunan tinggi kat situ. Tengok ni,

Kat situ kitorang berhenti makan dan berehat-rehat. Ouh, aku naik menara ni tau, tak de pape pun, atas tu cuma nak tengok pemandangan kat bandar Kedah ni je. Tapi berbaloi lah naik, angin sedap woooo.





Pastu kan, pergi Pekan Rabu. Hah, ni aku nak tanya soalan kat korang. Korang tahu tak "Tukang Gigi" tu apa ? Doktor Gigi eyh ? HAHAHA ! Kenapa aku tanya? Sebab kat sini ada "Tukang Gigi"

Dah habis beli belah, kitorang pun blaa dari Kedah ke Perlis. Okay, energy tengah banyak sebab tadi tidur. So, dengan semangatnya aku yang konon ala-ala model ni pun membuang bateri camera dengan mengambil gambar dalam kereta. Aku nasihatkan orang yang tak kuat iman jgn tengok. Nanti korang rasa macam nak hentak skrin desktop depan mata ni hah. :)


(* muka mintak penyepak. Bagi satu)



(*Alalala, comelnya kau Syafira. :p)
Tadaaa, dah sampai pun Perlis Indera Kayangan. Oh, tengok ladan tebu dengan padi. Tapi padi dah tuai. Alaaaa :'(

(*Nak hujan kan? Hasil suara Syafira)


27 February2010 -Sabtu-


27 February2010 -Sabtu-
Melawat Gua Kelam ♥











Dah habis Gua Kelam, pergi Padang Besar. Wootwoot, banyak polis kat situ. Sempadan Thailand kan. Kereta number plat Thai belambak-lambak. Orang kat sini pun ada Siam. Normal laa tu, dah kata pun sempadan. Dah habis ke Padang Besar barulah bertolak balik ke Shah Alam semula. Tapi sebelum tu, singgah Penang dulu. Mama nak makan mee udang. Tiap-tiap tahun makan restoran yang sama. Sampai Shah Alam pukul 1.30pagi. Kesimpulannya, ada hikmah ikut ke Perlis, syok kut (:











Dah habis Gua Kelam, pergi Padang Besar. Wootwoot, banyak polis kat situ. Sempadan Thailand kan. Kereta number plat Thai belambak-lambak. Orang kat sini pun ada Siam. Normal laa tu, dah kata pun sempadan. Dah habis ke Padang Besar barulah bertolak balik ke Shah Alam semula. Tapi sebelum tu, singgah Penang dulu. Mama nak makan mee udang. Tiap-tiap tahun makan restoran yang sama. Sampai Shah Alam pukul 1.30pagi. Kesimpulannya, ada hikmah ikut ke Perlis, syok kut (:

No comments:
Post a Comment