Helllo Folks,
Pagi-pagi buta sebelum azan subuh berkumandang, aku yakin semua orang mesti tengah seronok dibuai mimpi manis, masam, pahit dan sebagainya. Begitu juga dengan aku. Tengah syok-syok mimpi tengah date dengan Robert Pattinson, awww :') Tiba-tiba Robert aku tu menyanyi lagu "Tell Me I'm A Wreck" dari kumpulan Every Avenue. Siap ada bunyi gitar lagi. Dengan serta merta aku terjaga dari mimpi manis yang tak mungkin berlaku di alam realiti ini. Aku dalam keadaan mamai pergi ambil handfon atas meja. Ceyhh, dalam hati aku, sumpah-sumpah orang yang mengacau tidur aku. Tengok ke screen handfon, tiada nama pemanggil. Maknanya, number yang aku tak kenal lah call. Dengan terpaksa, aku pun mengangkat panggilan konon-konon misteri lah. Kedengaran suara lelaki yang memang sah dah baligh ! OH, acap rupanya. Hahaha, dia nak tanya hari ni ada merentas desa kan. Suara aku yang memang dengar sangat macam baru bangun tidur pun jawab jelah apa yang patut. Tak delah lama mana kitorang bersembang. adalah dalam 3minit macam tuh. Lepas habis bersembang, aku menjenguk ke arah jam dinding diluar tamu. Pukul 5.57 pagi. Dengan baju sekolah yang tidah ber-gosok lagi , begitu juga dengan buku-buku yang tidak disusun didalam beg. Aku terus berterima kasih dan bersyukur acap call. Kalau tak, gerenti lambat pergi sekolah. Dah habis-habis gosok baju dan susun buku, aku yang memang lembap ni tiba-tiba teringat yang hari ni Merentas Desa ! Masyallah, aku pergi gosok uniform sekolah tu apapasal! Dengan perasaan begitu kecewa kerana begitu lembap pada pagi ini, aku segera serbu masuk bilik air untuk mandi. Keluar bilik air, tengah berkemban lagi ni, aku terus buat air milo dan membakar roti untuk dijadikan sarapan. Sambil-sambil menunggu roti siap dibakar, aku pun mengambil baju sukan dan menyarungnya ke badan. Kelam-kabut pagi ini. Roti dah siap semua, telan lah. Tepat 7.03 pagi aku memulakan perjalanan untuk kesekolah. Dengan berazam, kononnya boleh dapat medal lah.
Sampai je sekolah, hujan mula turun. Nasib baik dah sampai sekolah, kalau belum lagi, basah kuyup lah aku jawabnya. Kelihatan semua budak sekolah SMK Alam Megah riuh-rendah. Macam-macam jenis soalan aku dengar. Tapi yang paling banyak diorang cakap, 'weyh, macam mana nak lari kalau hujan?' Dalam hati aku menjawab, 'Ni semua pasal Robert Pattinson menyanyi pagi tadi. Dah tahu suara tak se-best lakonan kau, janganlah menyanyi'
Sambil menunggu hujan reda, pelajar perempuan diarahkan tunggu didalam dewan sementara pelajar lelaki kena tunggu di Anjung Perdana. Padan muka budak lelaki kena tempias air hujan. Tak power lah nanti korang nak lari. HAHAHA ! *devil c(:
Untuk mengisi masa yang kosong ni, aku, Fiqaa, Sarah, Nabila dan Nana pun main satu permainan meneka. Soalannya, pukul berapa agaknya acara merentas desa akan dimulakan. Aku, Nana dan Sarah jawab pukul 9 pagi. Fiqaa cakap 8.45pagi. Nabila pulak cakap 8.30 pagi. Kitorang cuma perlu tunggu dan lihat siapa yang betul.
Nampaknya, apa yang diteka oleh Fiqaa memang betul, 8.45pagi pelajar perempuan kelas 2 memulakan larian. Ceyhh, Fiqaa bangga. (tak payah senyum sorang-sorang depan skrin lah Fiqaa oii) Konon-konon, baru mula semua pelajar semangat lah, semua pecut je. Aku je releks-releks dulu. Tapi bila sampai depan taman reakrasi semua dah mula slow balik. Pelah korang nih. Eyh, aku tak jalan, aku buat slow jog okey.
Tengah perjalanan tuh, aku rasa perut aku sakit gila nak mati. Memang macam nak mati. Tapi aku tetap slow jog jugak. Sakit gilo doe. Eyh, tiba-tiba ada sorang budak menegah atas ni pandang aku, EYHEYH, Fizri lah, hahah ! ceyhceyh, laju lahh tuh c(:
Aikk, kali ni Hafiz & Zul pulak potong! Tak boleh jadi. Dengan rasa tercabar dan terus lupa pasal perut yang macam nak meletup tu, aku pun pecut * vrooommm Hafiz buat muka pelik nampak aku, hahaha ! So, kami bertiga pun lari bersama-sama sehinggalah disimpang yang terpaksa terpisah. hahaha, ini disebabkan kerana mereka lelaki so, mereka terpaksa lalu trek lain. Okay, selamat tinggal korang. Jumpa kat sekolah nanti <3
Setibanya disekolah, aku terus serbu kantin. Air percuma. Orange juice. Pastu nampak Fiqaa & Mimi sedang senang lenang. Alahh, tengok muka mesti dah lama sampai.
Dah habis rehat semua, semua pelajar berkumpul dianjung perdana untuk penyampaian hadiah. Okay, tempat pertama untuk lelaki kelas dua dimenangi oleh AMIR ! woww. Ceyhceyh, bangga aku menjadi classmates kepada si jejaka berbadan kecil itu. Eyh, tiba-tiba Fiz bangun. Aku agak terkejut, terkilan, ter- ape semua lagi bila dia menang. Dapat medal. *wootwoot, Fiz bangga. Okay ! Aku gembira tengok dia gembira. *blushing :')
So untuk tahun 2010, acara merentas desa dimenangi oleh rumah hijau so-called as Emerald. Fiqaa kebetulan rumah hijau pun menjerit bagai nak 'rak' tanda sokongan. Aku yang duduk sebelah dia, rasa macam nak pecah je gegendang telinga ni. Hahaha so, second place is rumah kuning (Topaz) dan aku salah seorang ahlinya. Ketiga, rumah merah Keempat, rumah ungu dan Kelima, rumah biru. Congratulation untuk para pemenang. Untuk aku pula, next year cuba lagi.
Monday, February 15, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

peh betul pulak kita senyum depan lptop nih :D
ReplyDeletehahahahahahaha weh kuat kan kita lari , kalah kamu , muka dah lama sampai , lambattnya kamu sampai ? :DD hahahahhahahahahah xD
EMERALD MENANG !!!! tak sia sia kita jerit bagai nak rak kannn :D
HAHA ! senyum lah lagi.
ReplyDeleteeleyh, kita sakit perut boleh cter laa !
alaa, lambat 5minit je kut =.="
weyh, TOPAZ boleh pecut laa masa sukan nanti !
HAHAHAHAHHA ! sakit telinga kita